
Yang jarang diketahui
Dalam satu kelongsong kacang kecil, ditanam di tanah pergunungan
Tumbuhan ini berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci'.
Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.
Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.
Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain.
Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).
Kandungan nutrisi dan khasiat yang tinggi terdapat dalam Sacha Inchi dapat membantu badan daripada pelbagai penyakit. Antaranya kesihatan jantung, kolesterol, perlindungan daripada radikal bebas dan juga keradangan. Dengan manfaat dan kebaikkkan ini, tiadasebab untuk menolak Sacha Inchi dalam diet seharian anda.
Kelebihan pada Sacha Inchi yang mengandungi protein lengkap dengan semua asid amino penting sangat sesuai dalam membantu pertumbuhan dan pembentukan otot.
Dengan adanya omega-3 fatty acid dalam Sacha Inchi dapat membantu anda berasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ini sangat baik kerana dapat membantu anda mengurangkan berat badan dan keinginan untuk makan sepanjang hari.
Kajian ada menunjukkan omega-3 fatty acid boleh meningkatkan paras HDL-kolesterol atau dikenali “lemak bagus” yang diperlukan oleh badan.
Walaubagaimanapun, ianya lebih baik dalam proses menurunkan paras triglyceride dalam badan.
Kajian juga menunjukkan omega-3 fatty acid membantu dalam menurunkan tekanan darah menjadi lebih stabil bagi mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi.
Sacha inchi juga mengandungi vitamin E yang tinggi, ia adalah antioxidant yang sangat baik yang mana banyak di jumpai dalam kekacang dan biji benih. Sebagai antioxidant, vitamin E berperanan melindungi dan melawan kerosakan radikal bebas daripada toksin persekitaran seperti asap rokok dan asap.
Kerosakkan radikal bebas dan tekanan oxidative adalah dua faktor utama yang berkaitan dengan penuaan. Sel-sel yang sihat menjadi mangsa kepada radikal bebas tetapi vitamin E boleh memanjangkan jangka hayat sel. Disebabkan ini, biji benih Sacha Inchi yang kaya dengan vitamin E ini berkesan dalam melindungi proses penuaan dan penyakit yang berkaitan.
Sacha Inchi juga mengandungi asid alpha linolenik, yang mana apabila tinggi pengambilan asid lemak ini boleh mengurangkan risiko anda daripada serangan jantung untuk kali pertama dengan sebanyak 59% bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan, keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung
EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
· Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
· Meningkatkan pengaliran darah
· Mengekalkan degupan jantung sihat
Untuk mengurangkan keradangan, anda boleh mulakan dengan meninggalkan terus makanan yang tinggi garam, gula dan juga lemak yang merbahaya daripada diet atau makanan seharian anda (melainkan daripada makanan yang mempunyai lemak yang bagus).
Anda juga boleh makan dan amalkan omega-3 yang terdapat dalam biji Sacha Inchi ini untuk meningkatkan tindak balas badan terhadap keradangan.
Sesuai untuk penyakit autoimmune - Psoriasis dan ekzema
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.
EPA dan DHA telah dikaji untuk:
· Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
· Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajran dan perhatian
· Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia / nyanyuk
EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi
Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam:
· Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
· Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
· Mengurangkan keradangan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis
· Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar
Aisd lemak, omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu
Selepas bayi dilahirkan Omega - 3 menyokong:
· Perkembangan otak dan fungsi imun.
· Kesihatan ibu dan emosi stabil selepas bersalin
· Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
· DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
· DHA adalah pentng untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
· Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
· Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat
Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
Lemak sihat dan asid lemak adalah sangat penting dalam mencantikkan kulit. Anda pasti sudah biasa terjumpa vitamin E dalam setiap produk kecantikkan, ini kerana vitamin E sangat berkesan dalam melindungi sel kulit daripada radikal bebas dan kesan negatif penuaan.
Say something interesting about your business here.
What's something exciting your business offers? Say it here.
Give customers a reason to do business with you.
Quality should never be a compromise. From the most popular looks and brands, to the deepest cleansers and latest treatments, we bring it all to you! We are committed to being the only place you need to look great and maintain your healthy, beautiful look!
We want you to be completely happy with your shopping experience from order to delivery. Try our samples before you buy to ensure you get exactly what you need. If you have questions about our products, delivery, or shipping, get in touch!
We stock a variety of essential products for every skin type and tone. From day to night and special occasions, we have your look covered! We only stock products made with natural occurring, organic ingredients that are healthy for you and for the planet.
Copyright © 2022 www.aifahealth.com/sachainchi - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy Website Builder